Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
SCAM ALERT: Pengiklanan barang menggunakan medium internet semakin popular kerana ianya sangat mudah, murah dan pantas. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah individu taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa bagi mengaut keuntungan mudah.
Modus operandi:
1. Suspek akan mengiklankan telefon bimbit jenama terkenal harga yang murah di internet.
2. Mangsa yang berminat akan mudah percaya dan seterusnya membuat pesanan.
3. Setelah mendapat bayaran, telefon bimbit tersebut tidak diserahkan kepada mangsa.
4. Suspek menghilangkan diri.
Nasihat polis:
1. Digalakkan berurusan dengan saluran rasmi produk tersebut.
2. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembelian atas talian.
3. Sekiranya perlu, digalakkan berjumpa dengan penjual produk semasa proses pembelian.
4. Pastikan laman sesawang yang dilawati adalah rasmi dan disahkan selamat.
5. Jangan mudah terpedaya dengan orang persendirian dan tawaran harga jauh lebih murah daripada harga pasaran.
6. Berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi yang diminta oleh penjual sama ada maklumat yang diminta itu relevan ataupun tidak.

No comments:
Post a Comment