Showing posts with label fraud. Show all posts
Showing posts with label fraud. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

LELAKI MENIPU MENERUSI TAWARAN CABUTAN BERTUAH DIBURU

LELAKI MENIPU MENERUSI TAWARAN CABUTAN BERTUAH DIBURU

Klang, 11 Feb - Polis sedang mencari seorang lelaki yang menyamar sebagai pengurus 
pasaraya dan menipu pelanggan menerusi tawaran cabutan bertuah palsu di beberapa pasaraya sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukor Sulong berkata pihaknya menerima 
lapan laporan mengenai lelaki ini sejak 10 bulan lepas dengan jumlah kerugian sebanyak RM103,250.

Suspek didakwa menawarkan mangsa dengan hadiah pelbagai jenis kereta dan modus 
operandinya ialah dengan menyakinkan bahawa nombor resit pembelian mangsa sama dengan nombor enjin hadiah kereta cabutan bertuah itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata suspek kemudian memujuk mangsa memberikannya sejumlah 
wang bagi digunakan untuk menyediakan cukai jalan dan insurans kereta tersebut.

"Suspek mensasarkan golongan lelaki berumur sekitar 40-an atau yang 
sudah bersara sebagai mangsa dan setelah mangsa bersetuju memberikannya wang tunai, suspek akan terus menghilangkan diri," katanya.

Mohd Shukor berkata menurut laporan polis yang diterima, lapan mangsa itu mengalami 
kerugian sekurang-kurangnya RM3,000 hingga RM30,000 seorang.

Orang ramai dinasihati supaya lebih berhati-hati jika ditawarkan menyertai cabutan bertuah, 
dan jika mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki itu, mereka diminta menyalurkannya kepada ASP Chandran Ramasamy di talian 016-605 9999.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukor berkata polis sedang menjejaki tujuh lelaki warga tempatan bagi menyelesaikan pelbagai kes jenayah.

Mereka terdiri daripada:
 
R. Sivaneswaran atau dikenali sebagai Wany, 30, beralamat terakhir di Blok C, Tingkat 3, No. 1, Pangsapuri Bestari, Sri Perantau Pelabuhan Klang kerana terlibat dalam lebih 20 kes samun dan pecah rumah di sini.

Tiga adik-beradik kerana terlibat dalam kes bunuh iaitu:

M. Kamalathasan, 29, M. Loganathan, 28, dan M. Thacinamurty, 26, yang beralamat terakhir di No. 105, Jalan Serampang 1, Taman Sinaran Off Jalan Teluk Pulai, Klang.
M. Thanasegaran, 25, beralamat di No. 33, Jalan 42, Taman Bunga Melor, Jalan Meru, Klang;
S. Jakathis, 26, di No. 36, Jalan Sentosa 36, Kawasan 19, Taman Bunga Melor, Klang dan A Kumareswaran, 20, No. 6, Leboh Pulau Pinang 8, Taman Meru Jaya Off Jalan Meru, Klang kerana terlibat dengan satu kes berkaitan seksyen 302 Kanun Keseksaan tahun lepas.

BERNAMA

Wednesday, February 12, 2014

Online Scam

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

SCAM ALERT: Pengiklanan barang menggunakan medium internet semakin popular kerana ianya sangat mudah, murah dan pantas. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah individu taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa bagi mengaut keuntungan mudah.

Modus operandi:
1. Suspek akan mengiklankan telefon bimbit jenama terkenal harga yang murah di internet.

2. Mangsa yang berminat akan mudah percaya dan seterusnya membuat pesanan.
3. Setelah mendapat bayaran, telefon bimbit tersebut tidak diserahkan kepada mangsa.
4. Suspek menghilangkan diri.


Nasihat polis:


1. Digalakkan berurusan dengan saluran rasmi produk tersebut.

2. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembelian atas talian.
3. Sekiranya perlu, digalakkan berjumpa dengan penjual produk semasa proses pembelian.

4. Pastikan laman sesawang yang dilawati adalah rasmi dan disahkan selamat.


5. Jangan mudah terpedaya dengan orang persendirian dan tawaran harga jauh lebih murah daripada harga pasaran.

6. Berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi yang diminta oleh penjual sama ada maklumat yang diminta itu relevan ataupun tidak.